Sunday, July 19, 2009

Shout! Awards Memang Gempak!


Selesai sudah Shout! Awards yang telah diadakan buat julung kalinya tahun ini. Tahniah buat semua pemenang terutamanya Bunkface yang pulang dengan tiga trofi – Rock Star, Break Out dan Ultimate Shout! Awards – sekaligus menjadikan mereka pemenang terbesar malam ini. Bagi yang tak menang tu, takpe, fingers crossed tahun depan ada peluang untuk menebus kekalahan.

Diingatkan dengan keberangkatan ramai artis ke Jakarta, Indonesia untuk Anugerah Planet Muzik malam esok, Shout! Awards akan pudar sedikit kegemilangannya.

Walaupun tidak dinafikan ketiadaan Faizal Tahir, Aizat, Ayu, Hujan dan Dato’ Siti Nurhaliza dirasai semua, namun para artis yang dapat hadirkan diri ke Stadium Putra Bukit Jalil tak kurang gempaknya.

Antaranya Sheila Majid, Afdlin Shauki, Rahim Maarof, Saiful Apek, Nabil, Estranged, Nikki, Alif Satar, Shila, Pesawat, One Buck Short, Jin Hackman, Pamela dan Vanessa Chong (adik-beradik Vince AF1), Dragon Red, Upin & Ipin, Deborah Henry, Paul Moss, Syafinaz Selamat, Andrea Fonseka, Bunkface, Qi, Joe Flizzow dan Caprice.



Majlis yang berlangsung selama lebih tiga jam itu dimulakan dengan acara karpet merah dimana para artis menerima layanan diraja dengan dihantarkan terus ke karpet merah dengan sebuah limousine.

Di sana mereka berpeluang melaram sepuas-puasnya dengan outfit mereka yang pelbagai warna, rupa dan tak kurang seksinya.

Tepat jam 8.50 malam, acara dimulakan dengan Shout! dancers yang mempersembahkan sebuah koreografi ala kumpulan Jabbawockeez diikuti dengan persembahan band pembukaan Pop Shuvit yang mendendangkan lagu “Oh Shizuka”. Satu ‘opening act’ yang cukup bertenaga untuk membuka Shout! sehingga mampu membuatkan penonton berteriakan habis.

Antara artis yang membuat persembahan termasuk Jin Hackman & Rogue Squadron featuring Shazet (“Get Up/Heezy Rock”), Caprice (“Fantasy Girl” dan “Tuhan Tolonglah”, duet bersama Rahim Maarof), Paolo Delfino (“Little Things”), Reza Salleh (“Soul Tune”) dan Mia Palencia (“Call Waiting”).

Yang GUA paling layan persembahan ‘panas’ daripada pengantin baru Nikki (“Cantik”), Pesawat (“Mirage”), Komplot (“Nora Zen”), One Buck Short (“Kelibat Korupsi”), Bunkface (“Revolusi”), Shila (“Ada-Ada Saja”), Estranged (“In No Time” – gempak siot lagu yang boleh dikira ‘hard metal’ diiringi dengan sebuah string orchestra) dan Joe Flizzow (“All Around My World”, cukup catchy beatnya).

Tetapi semestinya highlight majlis adalah Jaclyn Victor, Reefa dan Aubrey Suwito (di posisi piano) untuk segmen penghargaan Michael Jackson dimana mereka telah mendendangkan medley lagu hit-nya “We Are Not Alone” dan “Heal The World”. Meremang bulu roma GUA mendengar nyanyian Jac. Patut pun dia menang Power Vocal Award.

Tak lupa juga persembahan dari artis antarabangsa Sean Kingston, yang bersama krew-nya telah mendendangkan lagu “Keep The Fire Burning” dan “Beautiful Girls”. Berjoget semua di stadium, syok melayan lagunya.

Kseimpulannya, terhiburlah GUA malam ni walaupun terpaksa kerja juga.

Jika anda terlepas menonton Shout! Awards, anda boleh menyaksikan ulangannya melalui catch-up TV di 8TV.

Dan berikut senarai penuh para pemenang yang telah ditentukan 100% melalui undian SMS atau online (www.shoutawards.com.my) di antara 8 Jun dan 16 Julai..

MUSIC
Rockstar Award (Rock Awards)

Bunkface

Popstar Award (Pop Awards)

Stacy

Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
Jaclyn Victor

Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)

Joe Flizzow

Break Out Award (Best New Act)

Bunkface

TV + FILM
Best On Screen Chemistry

Upin Dan Ipin (‘Upin & Ipin’ – TV series)

Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)

Ghost

Breakthrough Film Award

KAMI

Favorite TV Program (Non Drama)

Field Trip! USA

Favorite TV Host
Nazrudin Rahman (‘The Breakfast Show’)

RADIO
Coolest Radio Announcer

JJ

Favorite Radio Show

Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)

THE WORKS
Stylo Award (Most Stylish Awards)
Dynas Mokhtar

Hot Chick Award
Marion Caunter

Hot Guy Award
Faizal Tahir

Ultimate Shout! Award
Bunkface











No comments:

Post a Comment